Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pelajar-pelajarku,
Praktikum merupakan satu proses yang cukup penting bagi guru pelatih membina keyakinan dan semangat untuk menjadi seorang guru yang berkompeten kelak di samping menimba pengalaman sebanyak mungkin. Biarpun peruntukkan masa yang agak terhad mungkin, namun ia bukanlah alasan untuk pelajar mengatakan sukar untuk mencapai kecemerlangan penilaian dalam praktikum. Perancangan dan dokumentasi amat penting dalam praktikum di samping memastikan pelaksanaan mengikut perancangan dan tempoh masa yang ditetapkan.
Aspek Rancangan Pengajaran Harian (RPH) misalnya merupakan perkara yang amat penting dalam menentukan proses PdP itu dijalankan dengan teratur dan berjaya membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
RPH RBT KSSR terhasil dari gabungan tiga sumber rujukan utama iaitu;
i. DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran)
ii. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
iii. Modul Pengajaran yang disediakan.
https://drive.google.com/file/d/0Bza2jutCtgRRSkNNMnlQYUxIVjg/view?usp=sharing