Wednesday, 9 July 2014

Bahan rujukan/latihan utk RBT3118/RBT3183E - Lukisan Tanggam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pelajar yang saya kasihi,

Sila buat sedikit latihan dengan mencari apakah nama tanggam di bawah ini serta kegunaannya. Anda juga digalakkan untuk cuba meneroka dalam kota ingatan anda bagaimana tanggam2 ini dibina dari segi teknik, langkah2 dan peralatan yang yang diperlukan.

Jika anda boleh mampu untuk membayangkan serta menyampaikan pada rakan2 yg lain pada peringkat mana yang sukar dalam proses pembinaan tanggam tersebut, itu bermakna anda berjaya mengaplikasi pemikiran KEBAT dalam kehidupan anda;


PENGENALAN TANGGAM

     Kaedah tanggam merupakan teknik penyambungan kayu yang telah diamalkan oleh orang Melayu terutamanya dalam pembinaan rumah dan istana warisan. Dalam seni bina warisan Melayu, kaedah tanggam menggabungkan setiap bahagian tunggal bangunan untuk membentuk satu ikatan kerangka yang kukuh. Kekuatan ini bergantung pada mutu jalinan kaedah penyambungan tersebut. Satu ciri unik dalam sistem tanggam tradisi ialah wujudnya elemen pengunci sebagai pengukuh keseluruhan kerangka bangunan. "Pemeting" atau "cemat penetap" dipasang pada komponen terakhir sesuatu bentuk sambungan yang bertindak sebagai pengunci. Sambungan tanggam yang direka dengan baik dan kemas boleh dipasang atau ditanggalkan setiap satu persatu untuk tujuan pengubahsuaian dan seterusnya boleh dipasang semula. Ia boleh dileraikan mengikut urutan dan pada sambungan-sambungan tertentu, ia tidak dikunci dan mudah dipisahkan. Ini membolehkan kerja penyambungan, baik pulih, pengubahsuaian, pembesaran, pemisahan hinggalah perobohan dan pembinaan semula dilakukan tanpa merosakkan bahagian kayu terbabit. Kebitaraan dalam teknik tanggam ini menjadikannya sebagai salah satu daya cipta warisan Melayu yang unggul.

Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis dengan beberapa subjenis lagi iaitu:
  • Tanggam melebar
    • Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat
  • Tanggam siku
    • Tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang
  • Tanggam pemidang
    • Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting
  • Tanggam memanjang
    • Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap
Walaupun tidak perlu, bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, gam, skru, bolt dan nat boleh digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina. Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang pula perlu semasa membuat tanggam dan mencantum bahagian-bahagian tanggam

 


Tanggam 1 :  ___________________



Tanggam 2 : ___________________



Tanggam 3 :   ____________________________






Tanggam 4 : ___________________________



Tanggam 5  :   _____________________________________






Tanggam  6  :   __________________________________





Tanggam 7   :   ____________________________





Tanggam 8   :    ____________________________










No comments:

Post a Comment